En Mohamad Faiz bin Kasim memulakan perjalanan dalam bidang memanah tradisional apabila mendaftar diri ke kelas memanah tradisional anjuran Sheikh Fuad bin Sheikh Mahmud pada tahun 2011. Pembelajaran beliau dengan Sheikh Fuad adalah dalam aspek panahan, kaedah pengurusan dan pertandingan sehinggalah diberikan amanah dan keizinan untuk menyebarkan ilmu memanah tradisional di negeri Kedah.
Berasal dari Jitra, Kedah, En Mohamad Faiz merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda Kimia Industri dari Universiti Tekonologi Malaysia, Johor. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Occupational Safety & Health).
Dengan pengalaman yang ada sebagai Pensyarah, Pegawai Keselamatan dan seterusnya 17 tahun dalam pengurusan persatuan/kelab, beliau telah mencurahkan segala kepakaran dan pengalaman yang ada dalam pembangunan sukan memanah tradisional sehingga ke peringkat akar umbi di Negeri Kedah.
Minat beliau yang mendalam dalam bidang kejurulatihan telah membuahkan hasil dengan melahirkan ramai juara-juara pertandingan serta melahirkan ramai pembuat anak panah tradisi melalui kelas pembuatan anak panah yang dianjurkan sejak 2016. Bagi memantapkan kefahaman beliau dalam bidang kejurulatihan, beliau telah menyertai beberapa kursus seperti :-
1. Kursus Sistem Latihan Memanah Okcular Vakfi Turki - Seni Lontaran Tepat.
2. Kursus Asas Kejurulatihan Memanah - Persatuan Memanah Perak
3. Kursus Sains Sukan Tahap 1 - Akademi Kejurulatihan Kebangsaan/Institut Sukan Negara
4. Kursus Basic Sport Nutrition - Akademi Kejurulatihan Kebangsaan/Institut Sukan Negara
5. Klinik Memanah bersama Cikgu Ali - Seri Iskandar Archery Club
6. Kursus Arrow Shaft Making - Mulya Archery Academy
7. Bengkel Memanah Berkuda Tahap 1 - MAS Archery Club/Pakdin School of Archery
8. First Aid & CPR Training - Red Crescent Society
Beliau juga pernah menyertai pertandingan memanah tradisional antarabangsa yang dianjurkan di Turki (2014), China (2017) dan Slovakia (2019). Semasa di Slovakia, beliau memperoleh pingat Gangsa.
Atas kesedaran pentingnya pembelajaran prestasi tinggi yang berterusan (continuous education of high performance archery), beliau menubuhkan Akademi Panah Emas (AS0401001) agar lebih ramai yang dapat belajar teknik dan kaedah yang betul berdasarkan kaedah berdasarkan bukti dan di uji secara saintifik. (scientific and evidence based).
"JOM BELAJAR MEMANAH BERSAMA AKADEMI PANAH EMAS"

Terbaiklah, tahniah sifu 😬👍👍👍
ReplyDeleteTerima kasih sahabat atas bantuan dan pertolongan selama ini.
DeleteTahniah & AlhamdulilLaah. Semoga terus menyinar didalam arena memanah dan kejurulatihan memanah.
ReplyDeleteTerima kasih Tuan Guru atas tunjuk ajar dan sokongan selama ini.
Delete