PANJANG ARROW vs. PANJANG TARIKAN (DRAWLENGTH)
1. Dalam artikel yang lepas, setelah kita faham jenis-jenis drawlength, barulah kita tahu panjang tarikan kita dengan tepat.
2. Langkah seterusnya ialah dengan mengenalpasti panjang arrow pula.
3. Perlu diingatkan panjang tarikan dengan panjang arrow TIDAK SAMA.
4. Panjang arrow umumnya mestilah lebih sedikit sekitar 1 inci atas tujuan keselamatan supaya kita tidak terlajak menarik dan menyebabkan kecederaan tertusuk anak panah pada jari/tangan.
5. Kadang-kadang, jika penalaan kita bagus, kita tidak perlu memotong anak panah sehingga pendek dan rapat. Kita biarkan sahaja arrow panjang asal iaitu standardnya 32 inci.
6. Jika pemanah tradisional mahir dan faham penalaan anak panah dengan sempurna, mereka kadang-kadang memotong anak panah sehingga mata anak panah menyentuh ibu jari bowhand. Ibu jari bowhand diibarat sebagai second anchor point.
7. Jadi pemanah mempunyai pilihan sama memotong atau membiarkannya panjang seperti asal. Nasihat kami, untuk beginner, sila pastikan ada lebihan 1 inci arrow anda untuk tujuan keselamatan.
8. Yang penting, panjang tarikan TIDAK SAMA dengan panjang arrow.
ARTIKEL OLEH : MOHAMAD FAIZ BIN KASIM
credit gambar : FB Seni Lontaran Tepat
credit gambar : FB Seni Lontaran Tepat
#siripengetahuanmemanahtradisional
#pengalamancikgupanah
#anakmuridmulyaarcheryacademy
No comments:
Post a Comment