Showing posts with label pengetahuan memanah tradisional. Show all posts
Showing posts with label pengetahuan memanah tradisional. Show all posts

01 May 2020

SEBAB BUSUR PATAH SELAIN DRY FIRE

SEBAB BUSUR PATAH SELAIN DRY FIRE.

1. Dry fire adalah pantang tok nenek nombor satu dalam dunia memanah.

2. Ini adalah kerana tenaga yang sepatutnya dipindahkan ke anak panah akan kembali ke limb dan seterusnya limb akan retak /patah.

3. Namun begitu, ada lagi sebab lain busur patah/lekang selain daripada dry fire iaitu :-

a) MENARIK TALI BUSUR MELEBIHI had tarikan maksima (MAXIMUM DRAW LENGTH) yang dibenarkan oleh pembuat. Saya mempunyai pengalaman di mana seorang menarik busur melebihi had maksimum yang dibenarkan oleh pembuat. Apa yang terjadi, busur lekang (delaminated).

b) Ada juga kes siyah patah kerana menarik tali melebihi had.

c) Menggunakan BERAT ANAK PANAH yang tidak selamat seperti mana yang disyorkan oleh pembuat busur. Berat anak panah mestilah 10 GPP.

d) MENINGGALKAN BUSUR DALAM keadaan terpasang tali di dalam kereta semalaman.

e) MENUKAR TALI BUSUR TANPA memastikan tali tersebut mengikut brace height asal atau yang disyorkan pembuat.

4. Oleh hal yang demikian, jagalah busur anda sebaiknya. Sayangi busur anda dan sayangi poket anda juga.



ARTIKEL OLEH: MOHAMAD FAIZ BIN KASIM

#pengalamansendiri
#siripengetahuanmemanahtradisional

18 March 2020

SIRI PENALAAN : BERAT ANAK PANAH

SIRI PENALAAN : BERAT ANAK PANAH

1. Sekarang anda telah mengetahui 2 data utama iaitu panjang tarikan individu (individual draw length) dan beban tarikan pada panjang tarikan individu. Bagi yang baru mengikuti artikel ini boleh rujuk terma yang dibincangkan di atas di link berikut :-

Jenis-jenis  panjang tarikan (https://akademipanahemas.blogspot.com/2020/02/jenis-jenis-panjang-tarikan-draw-length_26.html)

Panjang Arrow vs Panjang Tarikan (https://akademipanahemas.blogspot.com/2020/02/panjang-arrow-vs-panjang-tarikan.html )

Perkara pokok dalam penalaan anak panah tradisi (https://akademipanahemas.blogspot.com/2020/03/perkara-pokok-dalam-penalaan-anak-panah.html )

2. Daripada 2 data ini, kita sudah boleh mengira berat anak panah yang SESUAI dan SELAMAT untuk kita gunakan.

3. Caranya adalah dengan mengira GPP. Apa itu GPP?

4. GPP adalah grain per poundage. Formula ini digunakan untuk :-
i) mengira berat arrow yang diperlukan
ii) mencari nilai GPP sesuatu arrow yg diketahui beratnya.


5. Cara mengira 4(i) iaitu mengira berat arrow yang diperlukan. Pertama kena pastikan BERAPAKAH nilai minimum GPP yang disyaratkan oleh bowyer. Contohnya katakan satu busur itu minimum 9 gpp.

6. Kedua, darab poundage sebenar individu dengan nilai GPP yg diberikan bowyer.

7. Sebagai contoh, Vegh saya 45lbs@30inci. Jadi 45 x 9 = 405 grain berat keseluruhan arrow yang diperlukan. Jadi berat MINIMUM arrow yang saya perlukan adalah 405 grain. Pastikan jangan kurang daripada ini.

8. Bagi jalan selamat, darab sahaja dengan 10gpp malahan lebih pantas mengira berbanding mendarab dengan nilai 9gpp. Tidak perlu kalkulator. Malahan, ia memberikan 10% ruang selamat (safety gap) berbanding nilai minimum. Maksud lebih mudah,"berat sikit tidak mengapa, jangan atas line"

9. Cara mengira 4(ii) pula dengan cara :-
 Nilai GPP arrow X = berat keseluruhan arrow X / beban tarikan pada panjang individu

10.  Untuk pengiraan ini, anda perlukan penimbang untuk menimbang berat keseluruhan arrow. Katakan berat arrow yang ditimbang mendapat nilai 400 grain.


11. Jadi 400 grain dibahagikan 40 lbs = 10gpp. Maka nilai GPP arrow X tadi adalah 10 dan selamat digunakan.

12.  Jika kita timbang arrow Y, dan mendapat nilai adalah 320 grain. 320 grain / 40 lbs = 8 gpp. Nilai 8 Gpp untuk arrow Y adalah TIDAK SELAMAT untuk busur tersebut.

13. Mudah saja pengiraannya dan anda boleh mengira sendiri di rumah.

14. Soalan dari pembaca. Saya menggunakan arrow karbon. Adakah ada arrow karbon di pasaran yang berat?  Ya ada, contohnya adalah Gold Tip Traditional Classic XT. Shaftnya berat 300grain+berat mata 125grain+nock+insert+gam+feather+dll, menjadi berat keseluruhan 560 grain, berat bukan?

15. Inginkan pillihan yang lebih murah? anda boleh mencuba Taurus Carbon Arrow. mempunyai pilihan berat arrow yang sesuai dengan beban busur masing-masing.


16. Pastikan anak panah anda sama ada kayu atau karbon mempunyai berat yang selamat bagi mengelakkan kecederaan pada busur dan anda!

Sekian, terima kasih.

ARTIKEL OLEH : MOHAMAD FAIZ BIN KASIM

#siripengetahuanmemanahtradisional
#pengalamancikgupanah

04 March 2020

PERKARA POKOK DALAM PENALAAN ANAK PANAH TRADISI

PERKARA POKOK DALAM PENALAAN ANAK PANAH TRADISI

1. Sebelum memilih anak panah kayu/buluh, pemanah mesti mengetahui beban tarikan SEBENAR busur masing-masing.

2. BEBAN TARIKAN SEBENAR boleh diketahui dengan cara menarik tali busur pada PANJANG TARIKAN INDIVIDU (individual drawlength).

2. Contohnya busur vegh sipahi, ada tertulis 35#, itu bermaksud busur tersebut mencapai kekuatan 35# apabila ditarik sebanyak 28inci. Katakan panjang tarikan individu pemanah adalah sebanyak 30inci, kekuatan busur tersebut telah bertambah menjadi sekitar ~39 #.

3. Contoh lain busur kaya 35#, dicapai jika ditarik sehingga 31 inci. Jika tarik 29 inci sahaja, kekuatan busur itu akan mencapai ~31# sahaja.

4. Jika ingin mendapat nilai kekuatan busur yg lebih jitu, alat pengukur spt gambar dibawah hendaklah digunakan.

5. Setelah mendapat nilai sebenar kekuatan busur masing-masing, barulah buat penalaan anak panah.

6. Dalam ASAS pemilihan dan penalaan anak panah, daripada NILAI beban tarikan sebenar yang diperoleh, kita dapat mengetahui BERAT (dalam grain) anak panah tradisi yg selamat dan KELENTURAN anak panah (SPINE dlm unit lbs).



ARTIKEL OLEH : MOHAMAD FAIZ BIN KASIM

#pengalamansendiri
#siripengetahuanmemanahtradisional

24 February 2020

PANJANG ARROW vs. PANJANG TARIKAN (DRAWLENGTH)

PANJANG ARROW vs. PANJANG TARIKAN (DRAWLENGTH)

1. Dalam artikel yang lepas, setelah kita faham jenis-jenis drawlength, barulah kita tahu panjang tarikan kita dengan tepat.

2. Langkah seterusnya ialah dengan mengenalpasti panjang arrow pula.

3. Perlu diingatkan panjang tarikan dengan panjang arrow TIDAK SAMA.



4. Panjang arrow umumnya mestilah lebih sedikit sekitar 1 inci  atas tujuan keselamatan supaya kita tidak terlajak menarik dan menyebabkan kecederaan tertusuk anak panah pada jari/tangan.

5. Kadang-kadang, jika penalaan kita bagus, kita tidak perlu memotong anak panah sehingga pendek dan rapat. Kita biarkan sahaja arrow panjang asal iaitu standardnya 32 inci.

6. Jika pemanah tradisional mahir dan faham penalaan anak panah dengan sempurna, mereka kadang-kadang memotong anak panah sehingga mata anak panah menyentuh ibu jari bowhand. Ibu jari bowhand diibarat sebagai second anchor point. 

7. Jadi pemanah mempunyai pilihan sama memotong atau membiarkannya panjang seperti asal. Nasihat kami, untuk beginner, sila pastikan ada lebihan 1 inci arrow anda untuk tujuan keselamatan.


8. Yang penting, panjang tarikan TIDAK SAMA dengan panjang arrow.

ARTIKEL OLEH : MOHAMAD FAIZ BIN KASIM

credit gambar : FB Seni Lontaran Tepat

#siripengetahuanmemanahtradisional
#pengalamancikgupanah
#anakmuridmulyaarcheryacademy

SEBAB BUSUR PATAH SELAIN DRY FIRE

SEBAB BUSUR PATAH SELAIN DRY FIRE. 1. Dry fire adalah pantang tok nenek nombor satu dalam dunia memanah. 2. Ini adalah kerana tenag...