18 March 2020

SIRI PENALAAN : BERAT ANAK PANAH

SIRI PENALAAN : BERAT ANAK PANAH

1. Sekarang anda telah mengetahui 2 data utama iaitu panjang tarikan individu (individual draw length) dan beban tarikan pada panjang tarikan individu. Bagi yang baru mengikuti artikel ini boleh rujuk terma yang dibincangkan di atas di link berikut :-

Jenis-jenis  panjang tarikan (https://akademipanahemas.blogspot.com/2020/02/jenis-jenis-panjang-tarikan-draw-length_26.html)

Panjang Arrow vs Panjang Tarikan (https://akademipanahemas.blogspot.com/2020/02/panjang-arrow-vs-panjang-tarikan.html )

Perkara pokok dalam penalaan anak panah tradisi (https://akademipanahemas.blogspot.com/2020/03/perkara-pokok-dalam-penalaan-anak-panah.html )

2. Daripada 2 data ini, kita sudah boleh mengira berat anak panah yang SESUAI dan SELAMAT untuk kita gunakan.

3. Caranya adalah dengan mengira GPP. Apa itu GPP?

4. GPP adalah grain per poundage. Formula ini digunakan untuk :-
i) mengira berat arrow yang diperlukan
ii) mencari nilai GPP sesuatu arrow yg diketahui beratnya.


5. Cara mengira 4(i) iaitu mengira berat arrow yang diperlukan. Pertama kena pastikan BERAPAKAH nilai minimum GPP yang disyaratkan oleh bowyer. Contohnya katakan satu busur itu minimum 9 gpp.

6. Kedua, darab poundage sebenar individu dengan nilai GPP yg diberikan bowyer.

7. Sebagai contoh, Vegh saya 45lbs@30inci. Jadi 45 x 9 = 405 grain berat keseluruhan arrow yang diperlukan. Jadi berat MINIMUM arrow yang saya perlukan adalah 405 grain. Pastikan jangan kurang daripada ini.

8. Bagi jalan selamat, darab sahaja dengan 10gpp malahan lebih pantas mengira berbanding mendarab dengan nilai 9gpp. Tidak perlu kalkulator. Malahan, ia memberikan 10% ruang selamat (safety gap) berbanding nilai minimum. Maksud lebih mudah,"berat sikit tidak mengapa, jangan atas line"

9. Cara mengira 4(ii) pula dengan cara :-
 Nilai GPP arrow X = berat keseluruhan arrow X / beban tarikan pada panjang individu

10.  Untuk pengiraan ini, anda perlukan penimbang untuk menimbang berat keseluruhan arrow. Katakan berat arrow yang ditimbang mendapat nilai 400 grain.


11. Jadi 400 grain dibahagikan 40 lbs = 10gpp. Maka nilai GPP arrow X tadi adalah 10 dan selamat digunakan.

12.  Jika kita timbang arrow Y, dan mendapat nilai adalah 320 grain. 320 grain / 40 lbs = 8 gpp. Nilai 8 Gpp untuk arrow Y adalah TIDAK SELAMAT untuk busur tersebut.

13. Mudah saja pengiraannya dan anda boleh mengira sendiri di rumah.

14. Soalan dari pembaca. Saya menggunakan arrow karbon. Adakah ada arrow karbon di pasaran yang berat?  Ya ada, contohnya adalah Gold Tip Traditional Classic XT. Shaftnya berat 300grain+berat mata 125grain+nock+insert+gam+feather+dll, menjadi berat keseluruhan 560 grain, berat bukan?

15. Inginkan pillihan yang lebih murah? anda boleh mencuba Taurus Carbon Arrow. mempunyai pilihan berat arrow yang sesuai dengan beban busur masing-masing.


16. Pastikan anak panah anda sama ada kayu atau karbon mempunyai berat yang selamat bagi mengelakkan kecederaan pada busur dan anda!

Sekian, terima kasih.

ARTIKEL OLEH : MOHAMAD FAIZ BIN KASIM

#siripengetahuanmemanahtradisional
#pengalamancikgupanah

1 comment:

  1. Assalamualaikum..tuan, jika gpp arrow d bawah 7gpp,jika mau naikan berat, boleh guna point yg berat sdikit? Cth, point asal 80 grain, tukar kpd 100 grain..adakah dgn cara tukar berat arrow point boleh tambahkn gpp arrow itu utk elakkn semi dry fire agr bow tak rosak..mohon bantuan pjelasan tuan..

    ReplyDelete

SEBAB BUSUR PATAH SELAIN DRY FIRE

SEBAB BUSUR PATAH SELAIN DRY FIRE. 1. Dry fire adalah pantang tok nenek nombor satu dalam dunia memanah. 2. Ini adalah kerana tenag...