01 May 2020

SEBAB BUSUR PATAH SELAIN DRY FIRE

SEBAB BUSUR PATAH SELAIN DRY FIRE.

1. Dry fire adalah pantang tok nenek nombor satu dalam dunia memanah.

2. Ini adalah kerana tenaga yang sepatutnya dipindahkan ke anak panah akan kembali ke limb dan seterusnya limb akan retak /patah.

3. Namun begitu, ada lagi sebab lain busur patah/lekang selain daripada dry fire iaitu :-

a) MENARIK TALI BUSUR MELEBIHI had tarikan maksima (MAXIMUM DRAW LENGTH) yang dibenarkan oleh pembuat. Saya mempunyai pengalaman di mana seorang menarik busur melebihi had maksimum yang dibenarkan oleh pembuat. Apa yang terjadi, busur lekang (delaminated).

b) Ada juga kes siyah patah kerana menarik tali melebihi had.

c) Menggunakan BERAT ANAK PANAH yang tidak selamat seperti mana yang disyorkan oleh pembuat busur. Berat anak panah mestilah 10 GPP.

d) MENINGGALKAN BUSUR DALAM keadaan terpasang tali di dalam kereta semalaman.

e) MENUKAR TALI BUSUR TANPA memastikan tali tersebut mengikut brace height asal atau yang disyorkan pembuat.

4. Oleh hal yang demikian, jagalah busur anda sebaiknya. Sayangi busur anda dan sayangi poket anda juga.



ARTIKEL OLEH: MOHAMAD FAIZ BIN KASIM

#pengalamansendiri
#siripengetahuanmemanahtradisional

03 April 2020

SIRI PENALAAN: PEMILIHAN SPINE UTK PEMANAH TRADISIONAL THUMB

SIRI PENALAAN: PEMILIHAN SPINE UTK PEMANAH TRADISIONAL THUMB

1. Dalam siri yang lepas, kita telah membincangkan mengenai penentuan berat anak panah berdasarkan kepada beban tarikan (poundage) busur kita.

2. Kali ini, kita membincangkan mengenai pemilihan spine. Secara umumnya, pemilihan spine mesti harmoni dengan poundage busur.

3. Perasan perkataan “harmoni” digunakan? Perkataan ini diambil daripada buku Turkish Archery and the Composite Bow yang diterjemahkan oleh Klopsteg dimana dalam terjemahan tersebut Klopsteg tidak menggunakan perkataan “matched”.

4. Harmoni dalam konteks seni muzik boleh diertikan selaras atau secocok dimana kesimbangan antara not-not muzik yang akan menghasilkan lagu yang sedap didengar.

5. Begitulah juga dengan pemilihan spine anak panah, gabungan yang harmoni antara PEMANAH, ANAK PANAH DAN BUSUR akan menghasilkan panahan yang lurus dan tepat ke sasaran.

6. Artikel ini TIDAK SAMA sekali akan memberikan panduan tepat cara memilih spine anak panah, tetapi ia memberikan idea bagaimana memilih spine anak panah yang harmoni dengan busur anda, lagaknya seperti P. Ramlee yang berkali-kali menulis not muzik supaya dapat menghasilkan lagu yang diingati sehingga kini.

7. Guru saya pernah berpesan, pemilihan spine adalah kerja pemanah bukan kerja arrowmaker (pembuat arrow).

8. Perlu diingatkan juga, dalam Saracen Archery tiada perbincangan khusus mengenai spine. Pemanah zaman dahulu lebih menitik beratkan berat anak panah dan ketika memilih shaft, mereka pilih yang agak keras sedikit. Malah Sheikh Tahir ada merekodkan hubungkait antara berat anak panah, poundage dan jarak sasaran. Setiap berat anak panah dan poundage memberikan jarak efektif yang berbeza.

9. Fokus artikel ini juga lebih kepada anak panah kayu. Ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan anak panah natural di kalangan pemanah thumb.

10. Sebelum kita berbincang dengan lebih lanjut, kita perlu memahami konsep asas penerbangan anak panah yang berkait dengan spine iaitu static spine, dynamic spine dan spine-related arrow flight.

11. STATIC SPINE – standard to measure arrow stiffness. According to ATA, this measure for wooden arrows is as follows. The arrow shaft is supported by two points from each other by 26 inches. A weight of 2 lbs is hung from the centre point of this distance. ATAU erti kata lain ukuran lenturan anak panah ketika anak panah duduk sengap-sengap.
Sumber: www.poorfolksbow.com

12. DYNAMIC SPINE – the measure of arrow stiffness in flight from the moment the arrow is release. It manifested by the wavy path the arrow shaft follows during flight. Its amplitude depends on factors as static spine, arrow length, arrowhead weight, the fletching and nock, the power of the bow draw, etc. ATAU erti kata lain ukuran kelenturan anak panah ketika dia dok terbang bermula dari dia dilepaskan.

13. SPINE-RELATED ARROW FLIGHT – untuk pemanah thumb tangan kanan, jika anak panah terlalu keras (too stiff), anak panah akan terbang ke kanan. Jika anak penah terbang ke kiri atau too wavy, anak panah tersebut terlalu lembut (too weak).

14. Ketiga-tiga konsep ini perlu difahami terlebih dahulu oleh pemanah sebelum pemilihan dibuat dan tidak menyakitkan poket. Pastikan juga  faham BEZA antara STATIK SPINE & DYNAMIC SPINE. Jadi cara terbaik adalah dengan meminjam anak panah kawan-kawan terlebih dahulu, dan kemudiannya membuat pengujian pada jarak 30m.

15. Semasa membuat pengujian spine, pemanah haruslah berhati-hati dengan “gangguan dalaman” yang boleh memberikan keputusan pengujian yang tidak tepat. Contohnya pengalaman sekitar tahun 2017, ada pemanah yang menggunakan busur kaya 40#, setiap kali uji, anak panah tetap ke kanan. Cuba rendahkan spine, tetap ke kanan. Teropong punya teropong barulah jumpa bahawa badan dan tangan pemanah tersebut tidak berada dalam keadaan alignment. Cubalah panah apa-apa sahaja spine, jika badan dan tangan tidak alignment, anak panah tetap ke kanan.

16. Perkara-pekara lain yang menyebabkan anak panah tetap ke kanan yang sering dijumpai adalah :-
a. anak panah melentur ke dalam ketika tarikan penuh disebabkan jari telunjuk terlalu menekan anak panah.
b. Menekan nock terlalu kuat di anchor.
c. Pemanah collapse selepas release.
d. Bowhand kerap ke kanan selepas release.
e. Penggunaan stance yang salah. Untuk pengguna square dan open stance, garisan sasaran (target line) adalah berbeza.
f. Panjang tarikan yang tidak tetap.

17. Jangan cari salah anak panah. Cari dan kesanlah kesalahan seperti diatas terlebih dahulu. Minta jurulatih atau kawan memeriksa ketika kita memanah. Atau boleh dapatkan tripod dan kamera untuk melihat diri sendiri ketika memanah.

18. Jika tiada gangguan dalaman, barulah kita melihat kepada busur kita pula. Adakah busur kita
a. Brace height tinggi atau rendah? Brace height tinggi perlu static spine yang keras.
b. Berat keseluruhan tali busur? Tali yang berat perlu static spine yang keras.
c. Grip busur centershot atau besar? Grip besar memerlukan static spine yang lembut.

19. Atau adakah anak panah kita itu ?
a. Dipotong pendek? Jika dipotong pendek akan menyebabkan dynamic spine keras.
b. Berat mata anak panah? Lagi berat mata, akan menyebabkan dynamic spine lembut.
c. Fletching dan nock? Lagi berat fletching, akan menyebabkan dynamic spine keras.
d. Material? Secara umumnya, lagi berat anak panah, lebih keras static spine. Anak panah kayu tempatan lebih keras berbanding kayu luar Negara.
e. Ada lubang-lubang halus pada shaft? Jika ada anak panah cenderung ke kanan. Biasasnya lubang halus ini susah dilihat dengan mata kasar jadi perlu dicat banyak lapis.

20. Apabila sudah mendapat 12 anak panah yang mempunyai spine yang harmoni, barulah kita membuat penalaan halus (fine tuning) yang akan kita bincangkan kemudian.

21. Itulah serba sedikit pengalaman dalam pemilihan spine anak panah kayu. Biasanya kalau order 100 batang shaft, hanya 12 sahaja yang sesuai.

22. Adakah kandungan artikel ini boleh digunakan untuk pemilihan spine anak panah karbon? Ya boleh tetapi untuk ukuran spine, sila gunakan standard ASTM dan jadual pemilihan spine yang dicadangkan oleh pembuat anak panah.

23. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada pemanah baru dan diharap mereka tidak perlu melalui keperitan perjalanan pemilihan spine untuk anak panah kayu seperti dialami penulis.

Rujukan
[1] Klopsteg P.E., Turkish Archery and the Composite Bow, Second ed. 1947

[2] Latham J.D and Patterson W.F., Saracen Archery, Holland Press, London, 1970

[3] Swoboda A., The Art of Shooting A Short Reflexed Bow with A Thumb Ring, 2012

[4] Kelas bersama Tuan Guru Ashraf Arshad sejak 2014 hingga kini.

ARTIKEL OLEH: MOHAMAD FAIZ BIN KASIM
1 APRIL 2020

#pengalamancikgupanah
#siripengetahuanmemanahtradisional

18 March 2020

SIRI PENALAAN : BERAT ANAK PANAH

SIRI PENALAAN : BERAT ANAK PANAH

1. Sekarang anda telah mengetahui 2 data utama iaitu panjang tarikan individu (individual draw length) dan beban tarikan pada panjang tarikan individu. Bagi yang baru mengikuti artikel ini boleh rujuk terma yang dibincangkan di atas di link berikut :-

Jenis-jenis  panjang tarikan (https://akademipanahemas.blogspot.com/2020/02/jenis-jenis-panjang-tarikan-draw-length_26.html)

Panjang Arrow vs Panjang Tarikan (https://akademipanahemas.blogspot.com/2020/02/panjang-arrow-vs-panjang-tarikan.html )

Perkara pokok dalam penalaan anak panah tradisi (https://akademipanahemas.blogspot.com/2020/03/perkara-pokok-dalam-penalaan-anak-panah.html )

2. Daripada 2 data ini, kita sudah boleh mengira berat anak panah yang SESUAI dan SELAMAT untuk kita gunakan.

3. Caranya adalah dengan mengira GPP. Apa itu GPP?

4. GPP adalah grain per poundage. Formula ini digunakan untuk :-
i) mengira berat arrow yang diperlukan
ii) mencari nilai GPP sesuatu arrow yg diketahui beratnya.


5. Cara mengira 4(i) iaitu mengira berat arrow yang diperlukan. Pertama kena pastikan BERAPAKAH nilai minimum GPP yang disyaratkan oleh bowyer. Contohnya katakan satu busur itu minimum 9 gpp.

6. Kedua, darab poundage sebenar individu dengan nilai GPP yg diberikan bowyer.

7. Sebagai contoh, Vegh saya 45lbs@30inci. Jadi 45 x 9 = 405 grain berat keseluruhan arrow yang diperlukan. Jadi berat MINIMUM arrow yang saya perlukan adalah 405 grain. Pastikan jangan kurang daripada ini.

8. Bagi jalan selamat, darab sahaja dengan 10gpp malahan lebih pantas mengira berbanding mendarab dengan nilai 9gpp. Tidak perlu kalkulator. Malahan, ia memberikan 10% ruang selamat (safety gap) berbanding nilai minimum. Maksud lebih mudah,"berat sikit tidak mengapa, jangan atas line"

9. Cara mengira 4(ii) pula dengan cara :-
 Nilai GPP arrow X = berat keseluruhan arrow X / beban tarikan pada panjang individu

10.  Untuk pengiraan ini, anda perlukan penimbang untuk menimbang berat keseluruhan arrow. Katakan berat arrow yang ditimbang mendapat nilai 400 grain.


11. Jadi 400 grain dibahagikan 40 lbs = 10gpp. Maka nilai GPP arrow X tadi adalah 10 dan selamat digunakan.

12.  Jika kita timbang arrow Y, dan mendapat nilai adalah 320 grain. 320 grain / 40 lbs = 8 gpp. Nilai 8 Gpp untuk arrow Y adalah TIDAK SELAMAT untuk busur tersebut.

13. Mudah saja pengiraannya dan anda boleh mengira sendiri di rumah.

14. Soalan dari pembaca. Saya menggunakan arrow karbon. Adakah ada arrow karbon di pasaran yang berat?  Ya ada, contohnya adalah Gold Tip Traditional Classic XT. Shaftnya berat 300grain+berat mata 125grain+nock+insert+gam+feather+dll, menjadi berat keseluruhan 560 grain, berat bukan?

15. Inginkan pillihan yang lebih murah? anda boleh mencuba Taurus Carbon Arrow. mempunyai pilihan berat arrow yang sesuai dengan beban busur masing-masing.


16. Pastikan anak panah anda sama ada kayu atau karbon mempunyai berat yang selamat bagi mengelakkan kecederaan pada busur dan anda!

Sekian, terima kasih.

ARTIKEL OLEH : MOHAMAD FAIZ BIN KASIM

#siripengetahuanmemanahtradisional
#pengalamancikgupanah

04 March 2020

PERKARA POKOK DALAM PENALAAN ANAK PANAH TRADISI

PERKARA POKOK DALAM PENALAAN ANAK PANAH TRADISI

1. Sebelum memilih anak panah kayu/buluh, pemanah mesti mengetahui beban tarikan SEBENAR busur masing-masing.

2. BEBAN TARIKAN SEBENAR boleh diketahui dengan cara menarik tali busur pada PANJANG TARIKAN INDIVIDU (individual drawlength).

2. Contohnya busur vegh sipahi, ada tertulis 35#, itu bermaksud busur tersebut mencapai kekuatan 35# apabila ditarik sebanyak 28inci. Katakan panjang tarikan individu pemanah adalah sebanyak 30inci, kekuatan busur tersebut telah bertambah menjadi sekitar ~39 #.

3. Contoh lain busur kaya 35#, dicapai jika ditarik sehingga 31 inci. Jika tarik 29 inci sahaja, kekuatan busur itu akan mencapai ~31# sahaja.

4. Jika ingin mendapat nilai kekuatan busur yg lebih jitu, alat pengukur spt gambar dibawah hendaklah digunakan.

5. Setelah mendapat nilai sebenar kekuatan busur masing-masing, barulah buat penalaan anak panah.

6. Dalam ASAS pemilihan dan penalaan anak panah, daripada NILAI beban tarikan sebenar yang diperoleh, kita dapat mengetahui BERAT (dalam grain) anak panah tradisi yg selamat dan KELENTURAN anak panah (SPINE dlm unit lbs).



ARTIKEL OLEH : MOHAMAD FAIZ BIN KASIM

#pengalamansendiri
#siripengetahuanmemanahtradisional

26 February 2020

JENIS JENIS PANJANG TARIKAN (DRAW LENGTH)

JENIS JENIS PANJANG TARIKAN (DRAW LENGTH)

1. Untuk pemanah tradisional baru, kebiasaanya hanya mengetahui "recorded draw length". Maksudnya ialah panjang tarikan yang dicatatkan di busur sama ada 28inci utk busur dari eropah (kebanyakkanya) dan 31 inci utk busur dari korea.

2. Biasanya ditulis dalam format poundage pada panjang tarikan atau X lbs@y inci. Sebagai contoh busur vegh saya 39#@28" dan busur kaya WF saya 40#@31". # mewakili lbs dan " mewakili inci.


3. Draw length yang kedua adalah "maximum draw length". Ia adalah had maksimum sesuatu busur dapat ditarik. Contohnya busur vegh turkish saya mempunyai max draw sehingga 32inci. Jadi apabila draw, pastikan kita tidak melebihi 32 inci atau akibatnya memberikan stress yang berlebihan pada busur yang membolehkan ia delaminated. Sentiasa semak dengan pembuat busur berapakah maximum draw length busur yang dibeli.

4. Sepanjang menceburi bidang memanah tradisional ini, banyak menemui kes kes pemanah tradisional baru yang menarik tali melebihi had maksima dan natijahnya amatlah menyakitkan poket.

5. Akhir sekali adalah "individual draw length". Ini adalah panjang tarikan pemanah itu sendiri yang berbeza dengan orang lain. Berapa panjang yang perlu? Ia bergantung kepada beberapa faktor seperti panjang tangan, posisi badan, konsistensi dan lain-lain. Untuk mendapatkan nilai yang tepat dinasihatkan merujuk kepada jurulatih masing-masing.


6. Akademi Panah Emas melalui silibus tahap 2 yang dirangka akan menghuraikan cara cara yang paling sesuai untuk mengira panjang tarikan setiap individu.

7. Ini bertujuan memberikan tarikan yang konsisten setiap kali panahan dan seterusnya menambahkan ketepatan.

ARTIKEL OLEH : MOHAMAD FAIZ BIN KASIM

#siripengetahuanmemanahtradisional
#pengalamancikgupanah

24 February 2020

PANJANG ARROW vs. PANJANG TARIKAN (DRAWLENGTH)

PANJANG ARROW vs. PANJANG TARIKAN (DRAWLENGTH)

1. Dalam artikel yang lepas, setelah kita faham jenis-jenis drawlength, barulah kita tahu panjang tarikan kita dengan tepat.

2. Langkah seterusnya ialah dengan mengenalpasti panjang arrow pula.

3. Perlu diingatkan panjang tarikan dengan panjang arrow TIDAK SAMA.



4. Panjang arrow umumnya mestilah lebih sedikit sekitar 1 inci  atas tujuan keselamatan supaya kita tidak terlajak menarik dan menyebabkan kecederaan tertusuk anak panah pada jari/tangan.

5. Kadang-kadang, jika penalaan kita bagus, kita tidak perlu memotong anak panah sehingga pendek dan rapat. Kita biarkan sahaja arrow panjang asal iaitu standardnya 32 inci.

6. Jika pemanah tradisional mahir dan faham penalaan anak panah dengan sempurna, mereka kadang-kadang memotong anak panah sehingga mata anak panah menyentuh ibu jari bowhand. Ibu jari bowhand diibarat sebagai second anchor point. 

7. Jadi pemanah mempunyai pilihan sama memotong atau membiarkannya panjang seperti asal. Nasihat kami, untuk beginner, sila pastikan ada lebihan 1 inci arrow anda untuk tujuan keselamatan.


8. Yang penting, panjang tarikan TIDAK SAMA dengan panjang arrow.

ARTIKEL OLEH : MOHAMAD FAIZ BIN KASIM

credit gambar : FB Seni Lontaran Tepat

#siripengetahuanmemanahtradisional
#pengalamancikgupanah
#anakmuridmulyaarcheryacademy

11 February 2020

ADAB, ETIKA DAN KESELAMATAN DI TEMPAT LATIHAN MEMANAH

ADAB, ETIKA DAN KESELAMATAN DI TEMPAT LATIHAN MEMANAH

1. Sampai ke kelas 10-15min lebih awal dari waktu kelas bermula.

2. Apabila sampai, beri ucapan salam dan bersalaman dengan master,jurulatih, pemanah senior dan rakan2 yang lain.

3. Digalakkan mengambil wuduk.

4. Berkumpul dan mulakan dengan bacaan doa termasuk doa menjaga keselamatan ketika latihan dan panahan tepat.

5. Pasang tali busur dengan betul. Periksa busur untuk sebarang kecatatan.

6. Periksa anak panah anda dengan cara "flex" shaft atau mana-mana teknik yang sesuai. Periksa juga dengan cara memutar anak panah dengan meletakkannya pada ibu jari dan jari hantu serta periksa kelurusan shaft.

7. Membaca bismillah ketika memasang anak panah ke tali.

8. Ucapkan Alhamdulilah jika anak panah mengenai sasaran dan tidak mengeluh jika tidak mengena sasaran.

9. Sentiasa cuba memperbetulkan kesalahan pada setiap panahan diri masing-masing.

10. Jangan membuat bising, menggangu dan ketawakan pemanah lain yang membuat kesilapan.

10. Dilarang memanah manusia, binatang berkaki empat (kecuali atas sebab keselamatan) dan anjing.

11. Mempunyai akhlak yang baik dan berdisipilin sepanjang latihan.

12. Tidak merokok.

13. Membantu mengemaskan padang latihan ketika selesai latihan dan menjaga kebersihan.

Sumber: Kitab Telhis, Kitab Ghunayat, amalan senibeladiri Melayu & Jepun

Diterjemah dan disusun oleh:
Mohamad Faiz bin Kasim,
Pengasas AKADEMI PANAH EMAS

SEBAB BUSUR PATAH SELAIN DRY FIRE

SEBAB BUSUR PATAH SELAIN DRY FIRE. 1. Dry fire adalah pantang tok nenek nombor satu dalam dunia memanah. 2. Ini adalah kerana tenag...